Saturday 11 February 2017

Trip ke Cameron Highlands- Part 1

Haaa baru download apps untuk blog semangat la kan nak berceloteh. Dulu tiap kali nak update blog kena on laptop, sekarang pakai smart phone je noh. So dengan semangat aku sementara Zahra tengah layan diri sebab kat rumah atok nenek ramai orang. Biar dia explore. Bagi mama chance update blog walaupun tak tahu part ni bila nak siap kehkeh.

Bukan apa nak update ni kadang aku boring aku suka baca balik apa aku buat bile pergi jalan. Kenangan gittew. Tapi ada satu trip yang sangat bermakna iaitu TRIP HONEYMOON KAHWIN KRABI aku tak update. Baru kahwin busy kerja, lepas tu mabuk pregnant. Lepas tu sibuk sibuk sibuk. Tak berupdate. Walaupun dah 2 tahun kena update juga. Tengok lah tahap kerajinan aku gittew.

Ok dah aku nak story pasal minggu lepas kami pergi jalan ke Cameron Highlands. Cehh orang lain dah ulang alik Cameron tu sampai expert selekoh hazabedah dia tu, kita baru naik ler.. ehhh suka aku la blog aku..ok jom!!

Sebenarnya teringin nak ke Cameron dari lepas bersalin kan Zahra. Baru ni husband tanya nak cuti mana dia dapat cuti seminggu. Aku terus ajak ke Cameron Highlands lah!

Jadi kami bawa sekali anak-anak buah cuti raya cina kan. Buat meriah untuk trip honeymoon anniversary dan birthday Zahra ke satu tahun! (Tiup lilin tiup lilin,lolz)

1hb Feb 2017 Day 1
Johor to Cameron Highlands

Ikutkan plan nak gerak pagi, tapi macam biasalah. Bawak anak yang penting semua barang dia kena lengkap. Pastu mama abah dia rilek-rilek lagi bergurau senda baru nak packing barang. Hihi dalam pukul 11pagi baru ambil budak-budak. Then jommmm.

 
Dah tengahari apa lagi lapar pulak rasa, kite berenti di Restoran Kari Kambing 40 Hari, Yong Peng. Makan ler dulu. Zahra pun layan tau.

 
Kat sini hari public holiday ke, weekend ke, weekday ke biasa memang ramai..sebab rasa dia memang sedap terbaik.

 
Pitstop kedua ialah RNR Dengkil. Kite mengonyel sambil rehat sebab husband aku drive sorang so kita take 5. 

 
Oo kenyang makan pau, buat muka tak bersalah. Haha.

Ok jom sambung perjalanan yang masih panjang hihi rasanya masa ni da petang dekat-dekat pukul 5 petang.

 

Tengah drive straight terus ke Cameron, nampak signboard Daikin memang ler dia suka sebab kerja dia hat-hat wiring & servis aircond katanya. Ehh apa motip gambar ni pun aku bantai letak kan.

 
Kakak-kakak rajin pulak melayan dia.. kejap nak depan kejap nak belakang.. macam ni lah bawa anak kecil kan. Hihi. Penat kakak shira dengan kakak tisya dikerjakan dek Zahra Dania ni. Hihi

 
Dah sampai fuhh setelah menghadap selekoh yang fuhh gittew. Tapi husband aku la yang bawak. Kami naik lalu Tapah, sebelum naik dah siap-siap isi minyak full. Sebab aku baca review suh isi minyak full sesiap sebab nak dapat minyak kat cameron susah. Aku naik ehh mcm asyik jumpa pam minyak je. Tapi kalau minyak kereta korang kurang dari separuh sila la isi kot-kot jem ke kat tengah jalan tu. Habis minyak kang nayaa.

Sampai keluar tol Tapah dalam pukul 6 siap beli nestum Zahra roti dia, kot dia tak mau makan. Sebab dia bukan sebarang nestum boleh makan. Nak kene yang original beras je. Naik Cameron dalam pukul 6 petang, lepas maghrib dalam pukul 8 malam lebih baru sampai. Dengan hujan gerimis-gerimis sejukkk wooo.

Yeayyy dah sampai! Perut pun minta diisi. So sampai je Tanah Rata, kita cari kedai makan.

 
Kita makan goreng-goreng malam tu. Aku dengan Zahra dah pakai sweater dah kesejukan. Sedap lah kat sini. Nama kedai lupa, deret-deret makan melayu. Ramai je yang makan sini.

Kami pergi tak booking hotel/homestay pun. Sebab husband aku cakap banyak je hotel sebab kawan dia bagitahu. Lagipun tak risau kita cuti weekdays. Crowd pun kurang. Kurang-kurang pun area Brinchang memang pack je la. 

So lepas makan kami naik Brinchang untuk cari hotel. Sebenarnya nak booking online hotel besor tak besor la. Tapi  kita pergi ramai lagi pun untuk tidur je pun pagi-pagi pukul 9 dah keluar. Hari tu dah nak book RM3++ untuk sebilik 2 malam. Ni pergi 5 orang RM280 untuk 2 malam. Semalam RM70 je !! Wahhh untung betul rasa. Hihi bilik selesa katil king. Luas pun boleh tahan. Selesa la duk kat tengah Brinchang tu kan. 

Hotel YTS. Murah kot hotel budget ni.

 
Ni turun jap konon nak beli ngonyel sebelum check in tapi semua tak nak ye la kenyang lagi memasing.

 
Ni dia sudah penat hidung dan mata sudah merah mengantuk. Lepas mandi terus nak susu tidur haa. Sejuk jangan cakap memang kipas pun tak buka. Sejuk woo musim hujan.

 

 

 
Tu dia sudah mandi selesa. Oh ya bathroom pun selesa. Kalau korang walk in macam kami pun ok. Tak yah risau hotel. Banyak hotel murah, facility pun baik.

 
Ngantuk pun cover-cover dik. Hihi.

 
Dah lepas guna baru ingat nak snap gambar hihi.

 
Punya sejuk rasa macam dalam aircond.. lepas tu kat luor memang sejuk gile. Mak oi cuti dalam Malaysia pun seronok rasa..Eksaited. Sejuk macam kat Sabah. 

Maka ini putri dah tidur, jom la kami pun dah penat. Nak recharge anergy untuk esok! 

Day 2 Cameron Highlands!


Sambung next entry ya. 😘 love love love byeee!

1 comment:

  1. Wahh bestnya.. last pergi cameron tahun 2010 tak salah. Bulan depan insyaAllah nak pergi lagi. Tak sabar!

    ReplyDelete