Wednesday 17 August 2016

Trip KL Day 2-KLCC-Ikea Cheras

Hye uols, entri ni nak story hari ke dua rombongan kak jarah ke KLCC, nak bawak g Aquaria ke tengok Panda ke, Zahra belum pandai teruja sangat. Nanti da pandai ini itu umur setahun baru boleh bawak-bawak bagi dia suka. InsyaAllah nanti abah bawa k.

Pagi hari ke dua tu, pukul 730 dah sesiap mandi. Cuma Zahra je tak mandikan dulu sebab pagi sangat takut sejuk, padahal water heater ada. Hihi. Pukul 8lebih gittew turun breakfast. Nasib baik ada breakfast dapat jimat sikit sebab kite nak beli barang kat Ikea katanya.

Turun breakfast muka naked je tak pakai bedak sebab ingatkan laki ajak breakfast je rupanya terus pergi KLCC. 

Sesimple je, Alhamdulillah kenyang. 

Kak jarah yang belum mandi.

Ni la hotel kite stay, DGarden Hotel, Cheras. Review 2/5. 


Taraaa dah sampai KLCC. Dekat je da 5km je dari hotel. First time Zahra keluar jalan tak mandi, pakai baju tidur. Kalau tak sekarang dia keluar habis caras mama. Haha.

Zahra first visit to KLCC.

Ingat kan pepagi tak ada orang amek-amek gambar kat KLCC, dah ramai ok. Haa diorang amek gambar duk tertonggeng2 nak dapat gambar full KLCC, kite pakai panorama je haaa. 

Lepas kiteorang pusing-pusing situ kejap, dah dekat pukul 10 tu kita balik sebab park dekat bahu jalan, ada gak kang kene towing kan. Haha. Balik siap-siap jom ke Ikea lagi nak sambung aktiviti semalam. Macam ni la ada anak kecik, nak beli barang sampai dua kali datang.

Kerana semalam kite dah mark barang apa nak beli, so hari ni kita tinggal pick up kat rak je. Tu pun mata melilau sana sini lagi kauuu. Geramm tapi poket tak bape nak tebal, so lain kali blh datang lagi k. Hehe. Sorang dukung anak sorang tolak troli. 

Wiwiiwwi besarrr kan. Walaupun senang jugak nak cari barang nya, tapi sebab besar letih gak menapak. Tok sah la pakai heels. Sneakers je lg selesa.

Ni da siap nal pergi kerja kawen sekali.

Masa ni Zahra da ngantuk, tinggal nak beratur kat cashier je. 

Tu diaaa.

Berkeruttt dah. Ok la soo abah pi bayar kita pi nyusu dulu kat bilik baby k. Dah siap roger, tapiiii tak de line kat cashier floor. Ngam-ngam laki aku siap bayar die tunggu jap, aku pun keluar.

Haa ni je pun belinya. Sikit je. Yang betul-betul murah je beli. Nak beli aiskrim ikea pun tak jadi beratur panjangg. Pastu yang kat mesin tu pun pakai syiling kot. Tak dan la dengan dukung anak tidur lagi. Hihi.

Ok check out Ikea. Kite pergi kenduri kawen mek Aien Moyu pulaks.

No comments:

Post a Comment