Wednesday 17 August 2016

Baby suka garu belakang kepala dan leher

Baby ni walaupun dah kerat kuku dia bagi pendek tapi tetap tajam kan. Pulak tu dalam fasa 4 bulan ke atas ni suka garu belakang leher sampai memerah melecet. Kesian baby dah terus kene gatal-gatal kat belakang leher. 

Baby zahra sedap la duk garu kalau kita tak nampak, kalau nampak kita la tolong die usap nak kurangkan rasa nak garu die tu. 

Semalam check up Zahra 5bulan, kene inject tapi tak nangis pulak semalam. Bagus betul. Cuma berdecit sikit. Nurse cakap ni peha tebal kot. Haha.

Lepastu tunjuk kat nurse baby suka garu sampai melecet. And the nurse bagi calamine lotion.

Bagus la, balik sapu kan terus tak garu2 dah. Hari nampak dah surut sbb dah tak gatal. Chiken pox pun pakai ni kan besenye.

Ni semalam, kesian pulak dah merah gitu. Nak nak time berpeluh kan. Macam menggerutu.

Hari ni dah tak merah-merah sangat. Baik terus. Tapi still sapu je.



Pergi je klinik kesihatan mintak ubat. Tak payah beli sebab klinik kesihatan dekat je dengan umah kita. Hihi.

No comments:

Post a Comment